MQA_v3

NOTE : Page only available in Malay version



SOAL SELIDIK PENERIMAAN DAN PENCAPAIAN PELAJAR PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (ACCREDITATION OF PRIOR EXPERIENTIAL LEARNING, APEL) DI PEMBERI PENDIDIKAN TINGGI (PPT)

2. Untuk makluman, Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning, APEL) bagi tujuan akses telah mula dilaksanakan di Malaysia bermula tahun 2011. Bagi mengetahui keberkesanan pelaksanaannya, Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) berhasrat menjalankan soal selidik yang bertujuan untuk:

  • mengetahui penerimaan pelaksanaan APEL oleh PPT; dan
  • menjejaki prestasi pelajar yang menggunakan laluan APEL untuk kemasukan ke PPT di Malaysia.

3. Sehubungan itu, sekiranya institusi tuan ada menerima pelajar melalui laluan APEL, MQA amat berbesar hati jika tuan dapat memberi maklum balas dengan mengisi borang soal selidik melalui pautan borang soal selidik ini bermula dari 29 Oktober 2018 hingga 30 November 2018.


4. Semua maklum balas yang diterima akan diuruskan sebagai maklumat sulit. Maklumat yang diberikan sangat berguna kepada MQA untuk menambah baik sistem sedia ada demi meningkatkan kualiti pengendalian APEL bagi melestarikan agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat di Malaysia.


5. Sebarang pertanyaan mengenai borang soal selidik ini boleh dikemukakan kepada urus setia berikut:

  • Pn. Farhanah Binti Mohamad - 03-79682617 (farhanah@mqa.gov.my)
  • Pn. Norlida Binti Abdul Hamid - 03-7968 2618 (norlida@mqa.gov.my)

6. Kerjasama dan perhatian tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Tarikh Kemaskini : 25 Oktober 2018

  • MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY
    Mercu MQA,
    No. 3539, Jalan Teknokrat 7,
    Cyber 5,
    63000 Cyberjaya, Selangor.

    +603-7968 7002
    (akreditasi@mqa.gov.my)

www.mqa.gov.my