MQA_v3

NOTE : Page only available in Malay version




Pelawaan Sebut Harga Bil.19/2017 & 20/2017



  1. Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal tempatan di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera untuk mengemukakan sebut harga seperti berikut:


  2. Pembekal yang berminat untuk menyertai sebut harga ini DIWAJIBKAN untuk menghadiri taklimat dan lawatan tapak sebut harga ini yang akan diadakan pada :



  3. Mohon bawa bersama borang Senarai Semak Pelawaan Sebut Harga yang telah dilengkapkan semasa hadir taklimat. Senarai Semak Pelawaan Sebut Harga ini boleh dicetak di :

    Senarai Semak Pelawaan 192017 [BAJU BATIK]  


    Senarai Semak Pelawaan 202017 [Signage]


  4. Pembekal dikehendaki mengemukakan sijil asal dan satu Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera dengan Kementerian Kewangan Malaysia (jika syarat memerlukan pembekal bertaraf Bumiputera), Perakuan Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sijil-sijil lain yang berkaitan dan profail syarikat semasa hadir taklimat. Perakuan Pendaftaran berkenaan mestilah masih dalam tempoh sah laku.


  5. Dokumen sebut harga yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dituliskan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat berkenaan tajuk sebut harga dan nombor sebut harga. Tawaran tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga yang disediakan:



  6. Tawaran sebut harga yang diterima selepas tarikh dan masa tutup pelawaan tidak akan dipertimbangkan.


  7. Pembekal dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butiran dokumen sebut harga sebelum mengemukakan tawaran dan menjadi tanggungjawab pembekal untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak MQA.


  8. Pegawai MQA atau ahli keluarga atau saudara terdekat mereka adalah dilarang daripada menyertai sebut harga ini. Pembekal yang menyertai tawaran ini hendaklah memastikan tidak mempunyai kepentingan atau pertalian keluarga terdekat dengan pegawai MQA.


  9. Keputusan sebut harga adalah MUKTAMAD dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.


  10. Sekiranya pihak tuan tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak MQA dalam tempoh 45 hari dari tarikh tawaran ini ditutup, permohonan tuan dianggap tidak berjaya.




  • MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY
    Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ,
    17, Jalan Yong Shook Lin,
    46050 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan

    +603 - 7968 7002
    (webadmin[at]mqa.gov.my)

www.mqa.gov.my