MQA_v3

NOTE : Page only available in Malay version



Kelayakan Masuk Program Pengajian Tinggi

Kompilasi kelayakan masuk ini merupakan panduan umum untuk laluan masuk yang minimum ke program pengajian tinggi mengikut tahap pengajian dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM). Kompilasi ini dibangunkan bertujuan bagi memudahkan rujukan oleh Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) dan pihak-pihak berkepentingan yang lain.

Sehubungan itu, PPT dinasihatkan supaya merujuk dan melakukan semakan lanjut berdasarkan kompilasi ini bagi tujuan penyelarasan kelayakan masuk.

Walau bagaimanapun, secara prinsipnya syarat kelayakan masuk ke program pengajian tinggi adalah tertakluk di bawah bidang kuasa pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan badan profesional yang berkaitan. Sebarang perubahan atau penambahan syarat kelayakan masuk hendaklah dirujuk kepada KPT.

PERHATIAN:

  • Sekiranya terdapat syarat kelayakan masuk yang dinyatakan dalam kompilasi ini berbeza dengan syarat kelayakan masuk dalam standard program, maka syarat kelayakan masuk yang lebih tinggi akan terpakai.

  • Kompilasi kelayakan masuk ini akan berubah dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan syarat Gred/ NGMP/ PNGK/ Pengkhususan Mata Pelajaran/ sebarang syarat yang berkaitan dalam bidang pengajian tertentu yang tertakluk kepada surat kelulusan KPT/ standard program dan badan profesional yang berkenaan.

  • Bagi syarat kelayakan masuk yang tidak disenaraikan mengikut bidang-bidang khusus seperti dalam kompilasi ini maka boleh merujuk kepada syarat umum kelayakan masuk seperti yang disenaraikan. Namun begitu, perlu juga disemak dari segi pemberat/ peratusan kurikulum dari segi major/ teras yang lebih menjurus kepada bidang khusus yang tertentu (nota: perlu merujuk kepada syarat kelayakan masuk bidang tersebut) sebelum menggunakan syarat umum kelayakan masuk ini. Sila Klik

Pegawai Yang Boleh Dihubungi :

Nama Pegawai: Mohd Imran Nul Hakim Bin Derasip
No. Telefon: 03-7968 7073
Emel: imransnh@mqa.gov.my

  • MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY
    Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ,
    17, Jalan Yong Shook Lin,
    46050 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan

    +603 - 7968 7002
    (webadmin[at]mqa.gov.my)

www.mqa.gov.my