MQA_v3

NOTE : Page only available in Malay version





KENYATAAN MEDIA

PENAFIAN BERHUBUNG PENJUALAN SIJIL AKADEMIK PALSU


Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mendapati terdapat individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab menjual sijil akademik palsu secara atas talian. Pihak yang tidak bertanggungjawab ini turut mendakwa program-program akademik tersebut telah mendapat kelulusan dan Akreditasi dari MQA. Mereka ini juga telah mengguna pakai logo MQA secara tidak sah.

MQA ingin menegaskan bahawa MQA tidak terlibat dengan penjualan sijil akademik tersebut. MQA dan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu mahupun organisasi yang terlibat dalam aktiviti tersebut.

Orang ramai perlu berhati-hati dan dinasihatkan untuk merujuk kepada MQA terlebih dahulu untuk semakan status program pengajian melalui pautan www2.mqa.gov.my/mqr atau hubungi pegawai kami di 03-7968 7002.

AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA

21 APRIL 2017


  • MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY
    Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ,
    17, Jalan Yong Shook Lin,
    46050 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan

    +603 - 7968 7002
    (webadmin[at]mqa.gov.my)

www.mqa.gov.my