NOTE : Page only available in Malay version

Soalan-soalan Lazim untuk Proses Pemantauan Syarat-syarat Khusus Perakuan Akreditasi dalam tempoh 6 bulan

Proses Penilaian Pemantauan Syarat-syarat Khusus Perakuan Akreditasi

Fi Penilaian Pemantauan Syarat-syarat Khusus Perakuan Akreditasi

JAWAPAN : FAQ Proses Penilaian Pemantauan Syarat-syarat Khusus Perakuan Akreditasi

  • Apakah perbezaan antara Pemantauan Syarat-syarat Khusus Perakuan Akreditasi 6 bulan dan Pematuhan Program ?

    Pemantauan Syarat-syarat Khusus Perakuan Akreditasi adalah pematuhan kepada syarat-syarat yang diberikan setelah mendapat Perakuan Akreditasi yang mana pihak PPT perlu menyelesaikan syarat-syarat tersebut dalam tempoh 6 bulan.

    Manakala Pematuhan Program adalah penilaian kualiti dilakukan terhadap satu-satu program sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 5 tahun dan fokus utama adalah untuk memastikan kualiti program yang telah mendapat Perakuan Akreditasi secara keseluruhannya dikekalkan dan ditambahbaik secara berterusan.


  • Adakah PPT kena menghantar bukti dan maklum balas kepada MQA sebaik sahaja surat program ini dikeluarkan?

    PPT hendaklah mengemukakan bukti terhadap pematuhan kepada syarat-syarat yang dikenakan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu dalam tempoh 6 bulan setelah program berkenaan mendapat Perakuan Akreditasi.


  • Apakah perbezaan penilaian Ahli Panel Penilai (APP) dan penilaian dalaman MQA dalam proses pemantauan syarat-syarat khusus ini ?

    Penilaian Ahli Panel Penilai (APP) adalah penilaian yang akan dibuat oleh APP yang dilantik oleh MQA yang memerlukan pengesahan pakar bidang seperti penambahbaikan kurikulum.

    Manakala penilaian dalaman adalah penilaian yang dilaksanakan oleh pegawai MQA yang berkaitan dengan aspek-aspek teknikal dan dasar-dasar berkaitan program.

    Kedua-dua penilaian ini akan ditentukan di peringkat MQA semasa memuktamadkan syarat-syarat khusus.


  • Adakah pemantauan syarat-syarat khusus 6 bulan ini terpakai bagi program yang mendapat akreditasi mulai Tahun 2007?

    Pemantauan syarat-syarat khusus 6 bulan ini dilaksanakan ke atas program-program yang mendapat status Perakuan Akreditasi bermula November 2013 yang mana ada dinyatakan di surat Perakuan Akreditasi program berkenaan.

    Namun bagi program yang mendapat Perakuan Akreditasi sebelum itu, PPT hendaklah memastikan pematuhan syarat-syarat yang akan disemak semasa penilaian Pematuhan Program.


  • Sekiranya program yang telah lulus pemantauan syarat-syarat khusus 6 bulan, adakah masih perlu melalui penilaian Pematuhan Program?

    Ya, program tersebut masih tertakluk kepada penilaian Pematuhan Program seperti yang dinyatakan di syarat umum Perakuan Akreditasi program. Pihak PPT akan dimaklumkan oleh pihak MQA secara bertulis tentang perancangan proses penilaian pematuhan tersebut.


  • Kepada siapakah maklum balas syarat ini perlu dikemukakan?

    Bukti dan maklum balas hendaklah ditujukan kepada Bahagian Akreditasi mengikut bidang program berkenaan. Namun PPT juga boleh merujuk dengan pegawai MQA yang menguruskan fail program tersebut.


  • JAWAPAN : FAQ Fi Penilaian Pemantauan Syarat-syarat Khusus Perakuan Akreditasi

  • Bagaimanakah PPT hendak menentukan kadar fi penilaian Pemantauan Syarat-syarat khusus kepada MQA?

    Bagi program yang telah mendapat Perakuan Akreditasi mulai November 2013 dan terdapat syarat-syarat khusus yang perlu dipatuhi dalam tempoh 6 bulan maka pihak MQA akan kemukakan invois berkaitan dengan fi penilaian yang telah ditetapkan kepada pihak PPT.

    Namun selaras dengan pemantapan proses pemantauan syarat-syarat khusus dalam tempoh 6 bulan bagi program yang telah mendapat Perakuan Akreditasi mulai September 2016, fi penilaian telah dinyatakan dalam syarat khusus berserta Lampiran B yang mana pihak PPT perlu kemukakan bersama-sama demand draf (mengikut kadar yang dinyatakan) sewaktu mengemukakan bukti pematuhan syarat-syarat khusus kepada MQA dalam tempoh 6 bulan.


  • Apakah kriteria MQA dalam penetapan fi penilaian Pemantauan Syarat-syarat Perakuan Akreditasi? Didapati terdapat program yang jumlah finya rendah dan ada yang dikenakan jumlah fi yang tinggi?

    Penetapan kadar fi penilaian Pemantauan Syarat-syarat Khusus mengikut kompleksiti syarat-syarat tersebut yang mana penentuan penilaian oleh Ahli Panel Penilai (APP) atau penilaian oleh pegawai MQA akan dibuat oleh pengurusan MQA.


  • Adakah kod program A XXXX juga perlu membayar fi penilaian pemantauan syarat-syarat Perakuan Akreditasi?

    Ya, semua kod program Akreditasi Penuh A XXXX atau FA XXXX adalah tertakluk kepada penilaian dan fi pemantauan syarat yang ditetapkan.


  • Adakah setiap maklum balas berkaitan program kepada MQA akan dikenakan fi?

    Tidak semua maklum balas berkaitan program dikenakan fi penilaian, ianya tertakluk kepada proses-proses yang berkaitan.


  • MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY
    Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ,
    17, Jalan Yong Shook Lin,
    46050 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan

    +603 - 7968 7002
    (webadmin[at]mqa.gov.my)

www.mqa.gov.my