NOTE : Page only available in Malay version

Panduan Menggunakan RSS

Apa itu RSS?

RSS atau RDF Site Summary adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language) mengikut tahap spesifikasi W3Schools . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini.


Apa itu RssReader?

RssReader adalah satu program yang membolehkan anda menerima berita atau maklumat dari halaman web yang menyokong aplikasi RSS terus ke desktop anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai RssReader, sila ke halaman ini http://www.rssreader.com/


RSS di Portal MQA

Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk kegunaan pengguna Portal MQA bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan maklumat terkini yang dikeluarkan oleh MQA. Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar MQA dapat menyalurkan maklumat terkini daripada Portal MQA dengan lebih pantas dan berkesan. Melalui RSS Feeds ini juga:

  • Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak
  • Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan (spam)
  • Anda dapat mengetahui maklumat terkini mengenai MQA dengan lebih cepat dan berkesan
  • Berita atau maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini

Langkah-langkah Installasi RssReader

Langkah 1:

Langkah 2:

Muat turun RssReader 1.0.88.0 berikut: rssreader.zip atau rssreader.exe

Langkah 3:

  • Install RssReader.
  • Jika anda muat turun versi .zip unzip fail tersebut terlebih dahulu dan run setup.exe .
  • Terus run jika anda muat turun versi .exe .

Langkah 4:

Sila lihat imej ini di Portal MQA.

Letakkan mouse di atas salah satu imej tersebut kemudian klik kanan, dan pilih "Copy Shortcut". Run RssReader dan pergi ke "add (+)" seterusnya klik kanan dan "paste" url dan tekan ok.

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari http://www.rssreader.com/ .

  • MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY
    Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ,
    17, Jalan Yong Shook Lin,
    46050 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan

    +603 - 7968 7002
    (webadmin[at]mqa.gov.my)

www.mqa.gov.my