MQA_v3

NOTE : Page only available in Malay version



MAKLUM BALAS TERHADAP DRAF KAJIAN SEMULA STANDARD PROGRAM: BIOTEKNOLOGI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Tuan/Puan,


Pada tahun 2009, Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah membangunkan Standard Program: Bioteknologi sebagai panduan kepada pihak berkepentingan untuk pembangunan program bioteknologi. Berdasarkan ketetapan prosedur dan kajian impak terhadap keberkesanan penggunaan standard program, dokumen ini telah melalui proses kajian semula supaya relevan dengan keperluan semasa. Selain itu, penjajaran juga dibuat terhadap Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) dan Kod Amalan Akreditasi Program (Code of Practice for Programme Accreditation, COPPA) edisi kedua.


Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan/puan untuk menyalurkan maklum balas terhadap Draf Standard Program: Bioteknologi dengan mengisi Borang Maklum Balas sebelum/pada 15 November 2018 (Khamis).


Maklum balas tuan/puan akan dipertimbangkan dalam proses menambah baik draf tersebut:

  1. Puan Syahrizan Shamsuddin  - syahrizan@mqa.gov.my (03-7968 7102);
    atau
  2. Cik Fairouz Jahaan Mohd Aanifah - fairouz.jahaan@mqa.gov.my (03-7968 7004);


Kerjasama tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih





Tarikh Kemaskini : 17 Oktober 2018




  • MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY
    Mercu MQA,
    No. 3539, Jalan Teknokrat 7,
    Cyber 5,
    63000 Cyberjaya, Selangor.

    +603-7968 7002
    (akreditasi@mqa.gov.my)

www.mqa.gov.my