NOTE : Page only available in Malay version

APEL for Credit Award [APEL(C)] and Credit Transfer for MOOC

FAQ APEL(C)

JAWAPAN

  • Apa itu APEL(C)?

    APEL(C) ialah kaedah penilaian ilmu yg diperoleh daripada pengalaman kerja, pengalaman hidup atau himpunan kursus pendek bagi tujuan mendapatkan pindahan kredit untuk mata pelajaran dalam program akademik di IPT.


  • Apakah beza APEL yg dilancarkan sebelum ini dengan APEL(C)?

    APEL yang dilancarkan sebelum ini adalah untuk tujuan kemasukan ke IPT iaitu dikenali sebagai APEL(Access). Tapi APEL(Credit) adalah untuk tujuan mendapatkan pindahan kredit.

    Jadi dengan pelaksanaan APEL(A) dan APEL(C), seseorang yang mempunyai pengalaman yang luas bukan sahaja boleh masuk ke program di PPT tetapi juga boleh gunakan pengalamannya untuk dikecualikan dari mengambil mata pelajaran tertentu. Justeru itu, pelajar dapat melengkapkan pengajiannya dalam tempoh yang lebih singkat.


  • Siapakah yang akan menguruskan penilaian APEL(C)? Adakah masih MQA sepertimana sebelum ini?

    Tidak. Penilaian APEL(C) akan diuruskan sendiri oleh PPT tetapi bagi menjamin kualiti penilaian, PPT perlu melaksanakan APEL(C) dengan bertunjangkan garis panduan amalan baik APEL(C) yg merangkumi instrumen yang dibina oleh MQA.


  • Bagaimanakah MQA akan memastikan semua pihak yang berkaitan melaksanakan APEL(C) dengan betul?

    Pertamanya bagi memastikan PPT mampu melaksanakan APEL(C) dengan baik, hanya PPT yg telah lulus penilaian MQA sahaja dibenarkan untuk kendalikan APEL(C).

    Penilaian dibuat berdasarkan kemampuan menggunakan instrumen penilaian APEL(C) oleh MQA. Setelah MQA berpuas hati barulah PPT boleh melaksanakan APEL(C) di institusi mereka.

    Keduanya MQA akan pantau pelaksanaan APEL(C) di PPT semasa lawatan akreditasi dan audit institusi.


  • Bilakah APEL(C) dijangka akan dilaksanakan?

    APEL(C) akan dilaksanakan pada September 2016.


  • PPT mana yang akan laksanakan APEL(C)?

    Semua PPT boleh laksanakan APEL(C) dengan syarat PPT tersebut mendapat kelulusan untuk mengendalikan APEL(C).


  • Adakah ditetapkan had umur untuk memohon APEL(C)?

    Tiada. APEL (C) tidak seperti APEL(A) yang menetapkan had umur tertentu bagi setiap tahap pengajian.


  • Adakah pelajar yang memohon APEL(C) perlu menduduki peperiksaan untuk mendapatkan pindahan kredit?

    Pelajar yang memohon APEL(C) kepada PPT akan dinilai tetapi bagaimana bentuk penilaian adalah bergantung kepada kesesuaian bidang.

    Ianya tidak semestinya peperiksaan. Kaedah penilaian boleh dalam bentuk demonstrasi, temu duga penilaian portfolio dan sebagainya.


  • Adakah pelaksanaan APEL(C) yang akan dilaksanakan nanti selaras dengan amalan baik di luar negara?

    Ya, sudah tentu. APEL(C) dibina bertunjangkan himpunan amalan-amalan baik dari pelbagai badan kualiti di dalam dan luar negara, universiti terbuka dan lain-lain institusi berkaitan.


  • Apakah kebaikan APEL(C)?

    Antara kebaikan APEL(C) ialah:

    1. memungkinkan pelajar menghabiskan pengajian dalam tempoh yang lebih singkat;
    2. menggalakkan individu yang bekerja untuk kembali belajar;
    3. mengiktiraf pengalaman pembelajaran individu yang diperoleh di luar aliran formal;
    4. mengelakkan pembelajaran yang berulang;
    5. boleh mengurangkan kos pengajian pelajar;
    6. menjadikan sistem pendidikan tinggi kita lebih fleksibel dan setanding negara maju yang rata-ratanya telah mengiktiraf pembelajaran terdahulu;
    7. salah satu kaedah untuk mewujudkan budaya pembelajaran sepanjang hayat
    8. mewujudkan masyarakat berilmu bagi tujuan meningkatkan ekonomi negara dan pembangunan sosial; dan
    9. menyumbang ke arah pembangunan modal insan negara melalui pengiktirafan pekerja berkemahiran.

  • Untuk bercakap dengan pegawai MQA, siapakah yang boleh dihubungi?

    Sila berhubung dengan Puan Mazlinawati Mohamed di talian 03-7968 3293 atau emel: mazlinawati@mqa.gov.my atau Puan Syahidathul Irma di talian 03 7968 3325 atau emel: syahidatulirma@mqa.gov.my


  • Dimanakah borang permohonan melaksanakan APEL(C) boleh dimuat turun?

    Borang permohonan melaksanakan APEL(C) boleh dimuat turun di sini


  • MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY
    Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ,
    17, Jalan Yong Shook Lin,
    46050 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan

    +603 - 7968 7002
    (webadmin[at]mqa.gov.my)

www.mqa.gov.my